Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kini telah mengatakan proses pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 akan dibuka untuk orang ramai bermula bulan Mac 2021 ini.

Proses pendaftaran berkenaan boleh dilakukan melalui beberapa kaedah, termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.

Selain itu, kerajaan turut akan menyediakan sebuah talian hotline, pendaftaran di klinik, hospital awam dan swasta, selain turut melalui kerjasama dengan kerajaan negeri untuk kawasan pedalaman.

Pada masa yang sama, Khairy turut mengesahkan yang mana Perdana Menteri akan menjadi orang pertama yang menerima vaksin Pfizer kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.