Dengan perjanjian bekalan awal vaksin Covid-19 dari Pfizer telah dimeterai, kita tiba masa untuk rakyat Malaysia menanti giliran menerima pula. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba kini mengesahkan pendaftaran rakyat Malaysia untuk menerima vaksin akan dimulakan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun beliau tiak berkongsi tarikh sebenar bilakah pendaftaran akan dibuka. Beliau sekadar mengingatkan penerima vaksin untuk menyimpan kad vaksinasi untuk memastikan dos kedua dapat diberikan dalam masa 21 hari selepas dos pertama.

Seperti kami laporkan semalam, proses vaksinasi seluruh rakyat Malaysia akan mengambil masa 18 bulan dengan belanja sekitar RM 3 bilion atau RM77.35 seorang, Proses pendaftaran akan dilakukan menggunakan aplikasi MySejahtera

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.