Pendapatan Grab Menyusut – Lebih Rendah Berbanding Dengan Pra-Covid

Grab, salah satu perkhidmatan yang popular dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu, kini dipetik mengatakan yang mana syarikat berkenaan mengalami penurunan pendapatan disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Kesan daripadanya dijangka akan dilihat untuk tempoh yang sedikit lama.

Seperti ramai sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan di sejumlah negara sekitar Asia Tenggara membuatkan perkhidmatan seru-pandu Grab tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, pihak Grab dilihat memfokuskan dan menerima permintaan tinggi untuk penghantaran makanan dan barangan melalui GrabFood atau GrabMart.

Apa pun, ia masih tidak memadai, dan dikatakan pendapatan adalah lebih rendah berbanding pra-Covid sebelum ini.

Grab dikatakan kini dalam persiapan untuk menghadapi pelbagai perkara, termasuk mengambil langkah untuk penjimatan dan pengurusan lebih efisien.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*