TechSemut Malaysia

Pendingin Hawa BluSnap Dihasilkan Untuk Topi Keledar Motosikal

Pendingin Hawa BluSnap Dihasilkan Untuk Topi Keledar Motosikal

Pendingin Hawa BluSnap Dihasilkan Untuk Topi Keledar Motosikal
Jun 06
02:30 2018

Kita sudah semakin hampir ke penghujung Ramadan dan Hari Raya bakal tiba. Perjalanan pulang ke kampung pasti mencabar kerana cuaca yang agak panas. Bagi penunggang motosikal ia semakin mencabar kerana kenderaan yang ditunggang tidak dilengkapi pendingin hawa. Tetapi ini mungkin dapat diselesaikan dengan BluSnap.

BluSnap ialah pendingin hawa yang direka khas untuk topi keledar motosikal. Ia dipasang pada bahagian dagu dan menghembuskan udara sejuk ke bahagian muka pemakai. Menurut pereka BluSnap, pendingin hawa mereka ini dapat merendahkan susu sehingga 15 darjah Celsius berbanding udara luar.

Ia menggunakan bateri sebesar 2500 mAh yang mampu memberikan operasi sehingga 10 jam. Selain menyejukkan muka ia juga boleh menapis udara kotor dari memasuki ruang topi keledar. BluSnap dicipta di India dan dijual pada harga INR 1,948 (~RM115) sebuah.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com