Penerima Pertama Hadiah Riemann Diumum

Oleh: Lukhman Abdul Taib
Calon PhD dalam bidang Sains Perkomputeran & Teoritikal,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Seorang ahli matematik berwarganegara Amerika-Australia, Terence Tao telah dinobatkan sebagai penerima pertama Hadiah Riemann yang julung kali diadakan oleh Riemann International School of Mathematics (RISM). Hadiah tersebut diwujudkan pada tahun ini sempena ulang tahun penubuhan RISM yang ke-10.

Menurut RISM, Hadiah Riemann akan diberikan tiga tahun sekali kepada ahli-ahli matematik ulung, berusia di antara 40 hingga 65 tahun yang telah menyumbang kepada penemuan-penemuan hebat, sebagai suatu penghormatan kepada tokoh yang tidak lagi asing di dalam bidang matematik, Bernhard Riemann (1826—1866).

https://www.cienciamatematica.com/biografias/matematicos/bernhard-riemann

Riemann telah memberikan banyak sumbangan dan penemuan dalam matematik, seperti hasil tambah Riemann dalam mentakrifkan kamiran, fungsi zeta Riemann yang membawa kepada Hipotesis Riemann, geometri Riemann, permukaan Riemann dan sfera Riemann. Hasil sumbangan Riemann berkenaan geometri telah menjadi alat yang penting bagi Albert Einstein untuk membangunkan Teori Kenisbian Am.

ARTIKEL BERKAITANAhli Matematik Vietnam Penerima Anugerah Ramanujan 2019
ARTIKEL BERKAITANKaren Uhlenbeck Wanita Pertama Penerima Hadiah Abel
ARTIKEL BERKAITAN Robert Langlands diumum Penerima Anugerah Abel 2018

Terence Chi-Shen Tao merupakan ahli matematik kelahiran Australia yang menetap di Amerika Syarikat. Kini Tao menumpukan perhatiannya pada analisis harmonik, persamaan pembezaan separa, kombinatorik, dan teori nombor beranalisis. Beliau telah menerbitkan sebanyak 275 makalah, yang paling mendapat perhatian ialah penemuannya berkenaan kewujudan dan kelancaran penyelesaian bagi persamaan Navier-Stokes tiga matra. Tao juga telah menerima pelbagai hadiah dan anugerah, di antaranya Fields Medal dan Breakthrough Prize.

Tao akan menerima hadiah tersebut di dalam suatu majlis yang akan diadakan di Università degli Studi dell’Insubria, Varese, Itali pada tahun 2020. Majlis tersebut akan menjadi kemuncak kepada program yang akan diadakan selama seminggu sebagai penghormatan kepada penerima hadiah, konferens penyelidikan dan festival matematik.

Sumber: https://www.rism.it/index.php/news/riemann-prize-2019
Fotonytimes.com

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.