Penganjuran Program Nanoteknologi terbesar di Malaysia-NanoSummit Malaysia Conference and Expo (MyNano2019)

PUTRAJAYA: Bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya, berlansung satu acara nanoteknologi terbesar di Malaysia, NanoSummit Malaysia Conference and Expo (MyNano2019) yang menghimpunkan pemain industri, saintis penyelidik, jurutera, ahli akademi serta pembuat dasar dalam bidang nanosains dan nanoteknologi di Malaysia.

Program MyNano2019 yang dilancarkan oleh YB Pn. Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berlansung selama dua hari bermula 21-22 Ogos 2019. MyNano2019 merupakan inisiatif dan anjuran bersama antara Persatuan Nanoteknologi Malaysia (MNA) dan NanoMalaysia Berhad dengan sokongan Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, National Graphene Action Plan dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi Persatuan Nanoteknologi Malaysia (MNA) merangkap penaung simposium, Profesor Datuk Dr. Halimaton Hamdan berkata, penganjuran MyNano2019 merupakan platform dan peluang terbaik kepada para penyelidik, jurutera dan ahli akademi dari institusi pendidikan dan penyelidikan serta pihak industri membentangkan hasil kerja mereka. Di samping itu, ia sama-sama dapat berdampingan dalam perkembangan serta pembangunan teknologi khususnya dalam bidang nanoteknologi dan nanosains.

MyNano2019 buat julung-julung kali diadakan bertujuan mempromosikan aktiviti dan pembangunan bidang nanosains dan nanoteknologi dalam negara melalui gabungan empat aktiviti utama meliputi;

i- NanoMITE Annual Symposium 2019 (NanoMite 2019)
ii- Nanotechnology Malaysia Annual Symposium (NanoSym 2019)
iii- Graphene Malaysia 2019
iv- Nanotech Talk: Nanotechnology in Halal Industry

Turut hadir memberikan ucaptama ialah Profesor Dr. Jeremy Wood dari Centre for Environment Policy (CEP), dari Imperial College London. Beliau memberikan syarahan bertajuk ‘The Role of Land Use and Land Use Change in a Dangerously Warming Planet‘. Ucaptama kedua berjudul ‘Integrating Asian Innovation with MIT’s Energy Research’ disampaikan oleh Mdm. Lihong Wendy Duan selaku Pengarah Asia Pacific Energy Partnership, dari Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Program MyNano2019 yang berlansung sepanjang dua hari padat dengan sesi pembentangan penyelidikan dari penyelidik dalam dan luar negara. Ia turut dimeriahkan dengan penyertaan hampir 30 gerai-gerai promosi pameran dan jualan produk saintifik dari pihak industri.

Foto; instagram @majalahsains

 

71016total visits,1546visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.