TechSemut Malaysia

Pengasas Beats Ke Mahkamah Bagi Menyelesaikan Kes Pembayaran Royalti Fon Kepala Bernilai $100 Juta

Pengasas Beats Ke Mahkamah Bagi Menyelesaikan Kes Pembayaran Royalti Fon Kepala Bernilai $100 Juta

Pengasas Beats Ke Mahkamah Bagi Menyelesaikan Kes Pembayaran Royalti Fon Kepala Bernilai $100 Juta
Jun 10
03:30 2018

Di dalam dokumentari The Defiant Ones di Netflix, sejarah pembentukan Beats By Dre diceritakan oleh pengasasnya Dr Dre dan Jimmy Iovine. Menurut mereka idea menghasilkan fon kepala ini tercetus selepas Iovine melawat Dre di rumah beliau pada suatu petang. Idea ini tercetus dalam masa hanya setengah jam selepas Dre mahu menghasilkan fon kepala yang sesuai digunakan oleh pemuzik seperti beliau.

Tetapi sejarah sebenar adalah berbeza dari apa yang diceritakan. Steven Lamar seorang usahawan berkata idea asal adalah dari beliau yang menemui Iovine untuk menghasilkan fon kepala yang menerima sokongan selebriti popular. Beliau menyaman Dre dan Iovine dan kes diselesaikan di luar mahkamah dimana Beats akan membayar royalti sebanyak 4% untuk setiap fon kepala yang dijual.

Pada tahun 2014, Lamar menyaman Beats bagi menuntut pembayaran royalti berjumlah $100 juta (~RM 398 juta). Mahkamah menolak kes ini tetapi selepas melalui proses rayuan, kes ini akan dibicarakan di mahkamah. Menurut Lamar, kontrak yang ditandatangani memberikan beliau hak untuk menuntut royalti untuk kesemua model Beats yang dihasilkan selepas hubungan mereka retak. Dre dan Iovine pula berkata hak royalti hanya terhad kepada model pertama yang dihasilkan bersama Monster.

Memandangkan Beats telah diambil alih oleh Apple, kes ini pasti menarik perhatian ramai. Kes masih lagi sedang dibicarakan.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com