Pengasas Dunia Web Hadir Dengan Projek Baru – Memfokuskan Memberi Lebih Kawalan Data Kepada Pengguna

Tim Berners-Lee merupakan pengasas dunia web, dan turut telah menyumbang dalam pembangunan beberapa piawaian untuk arena web. Terkini, beliau turut hadir dengan sebuah projek baru yang memberikan lebih kawalan data kepada pengguna, dinamakan Solid.

Projek sumber terbuka ini menggunakan format web sedia-ada, tetapi memerlukan para pembangun mengintegrasikan sokongan Solid pada perkhidmatan mereka. Melaluinya, pengguna akan diberikan lebih kawalan berkenaan siapa yang boleh melihat sesuatu data, kemana data berkenaan pergi, aplikasi mana yang boleh mengakses data dan sebagainya.

Solid juga dikatakan menggunakan sistem terpencar (decentralized), sekaligus membuatkan data pengguna tidak berada di hanya satu lokasi tetapi disimpan pada pelbagai lokasi berbeza di seluruh web. Dengan langkah penggunaan Solid ini juga, ia dijangka akan membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan web dan aplikasi dengan lebih tenang – kerana tidak perlu risau berkenaan privas dan sebagainya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal dan aplikasi dibawah ekosistem berkenaan dijangka diperkenalkan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tidak diketahui lagi sama ada ia akan mempunyai permintaan dan penerimaan tinggi dikalangan pembangun memandangkan ramai menggunakan data pengguna untuk beberapa tujuan lain – termasuk pengiklanan dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.