Kevin Systrom dan Mike Krieger, kedua-dua pengasas untuk aplikasi Instagram yang kini dimiliki oleh Facebook hari ini dilaporkan telah meletak jawatan, dan bakal meninggalkan syarikat berkenaan tidak lama lagi.

Apakah sebab pengasas berkenaan akan meninggalkan syarikat berkenaan masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini, pengasas WhatsApp turut telah meninggalkan Facebook pada awal tahun ini.

Instagram sebelum ini telah diambil-alih oleh Facebook pada tahun 2012 yang lepas, dan sejak daripadanya telah menjadi salah satu aplikasi yang digunakan setiap hari oleh pengguna, termasuk dari segi penggunaan ciri Instagram Stories dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.