Setahun yang lalu peranti pintar Freedom 251 diumumkan di India oleh Ringing Bells. Peranti ini dijual pada harga ₹251 (~RM 16) sebuah dan sekaligus menjadikannya peranti pintar termurah di dunia. Ribuan tempahan dilakukan oleh warga India yang mahukan peranti yang amat mampu milik ini tetapi sehingga kini masih ramai menantikan pesanan yang tidak kunjung tiba.

Terkini dari India Mohit Goel, pengasas syarikat Ringing Bells kini ditahan oleh pihak polis atas tuduhan menipu pelanggan. Kes melibatkan seorang  pelanggan yang melakukan tempahan bernilai ₹3 Juta ( ~RM 199885) dan sehingga kini hanya menerima sebahagian kecil peranti yang dipesan. Apabila beliau cuba mendapatkan penyelesaian terhadap masalah ini, beliau menerima ugutan bunuh dari Mohit Goel.

Dengan penahanan Mohit, mungkin akhirnya kemelut Freedom 251 yang dikatakan hanyalah Skim Ponzi dapat diselesaikan. Seperti biasa di dunia ini sekiranya anda mendengar tawaran yang kurang masuk akal, jangan terlalu mudah tertipu dan menjadi mangsa.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.