Pengecas Nirwayar Magnetik Apple Tertiris – Mungkin AirPower Mini?

Walaupun sejak iPhone 8 ia sudah menyokong pengecasan nirwayar, sehingga hari ini Apple masih belum mempunyai pengecas nirwayar tersendiri. Kesemua pengecas nirwayar yang perlu digunakan adalah jenis MFI dari jenama pihak ketiga sahaja. AirPower yang sepatutnya dilancarkan sebelum ini dibatalkan kerana ada masalah memanas.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Terkini, satu video yang tertiris memperlihatkan sebuah pengecas nirwayar magnetik didakwa adalah produk dari Apple. Ia dikatakan adalah prototaip dan ada laporan mengatakan produk ini adalah untuk AirPower Mini. Disebabkan ia mempunyai sambungan magnetik, ia dikhabarkan adalah sejenis modul untuk disambung pada aksesori lain atau juga iPhone 12 kelak. Siri iPhone 12 kelak dikatakan akan mempunyai sambungan magnetik seperti iPad Pro, jadi ada kemungkinan yang “modul” ini adalah untuk disambungkan pada iPhone.

Masih tidak jelas lagi produk apakah ini. Tetapi iPhone 12 akan dilancarkan pada bulan Oktober. Ketika pelancaran ini, Apple mungkin akan memperkenalkan beberapa produk lain seperti AirTags, AirPower adan mungkin AirPods Studio. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*