Peminat iPhone pasti bangun pagi ini dengan sedikit perasaan Dejavu. Ketiga-tiga peranti iPhone XS, XS Max dan XR yang diumumkan di acara khusus iPhone dini hari ini sekali lagi menyokong pengecasan pantas sehingga 18W. Malang sekali pisang berbuah dua kali dan Apple masih tidak menyertakan pengecas pantas dengan setiap pembelian sekaligus menidakkan ura-ura pemberiannya sebelum ini.

Hanya pengecas 5W, EarPod Lightning dan kabel pengecas diberikan sebagai aksesori dengan setiap pembelian. Ini adalah amat mendukacitakan kerana peranti terkini iPhone dijual pada harga bermula dari $749 (~RM 3108) sebuah. Bagi pengguna Android, pengecas pantas yang menyokong QuickCharge 3.0 kerap diberikan percuma. Bagi mereka yang mahukan pengecasan pantas untuk iPhone, pengecas rasmi boleh dibeli pada harga bermula dari RM79 sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.