Pengeluaran tablet dan juga PC meningkat sepanjang 2020 kerana keperluan pekerjaan dan pembelajaran dari rumah. Turut menerima kesan positif pandemik ialah pengeluaran komputer Chromebook. Menurut laporan terkini Canalys, pengeluaran Chromebook meningkat 109% pada tahun 2020 berbanding 2019.

Sebanyak 30.7 juta Chromebook dikeluarkan pada tahun 2020 – meningkat dari 14.7 jua pada tahun 2019. HP adalah pengeluar dengan pegangan terbesar 31% diikuti oleh Lenovo (22%), Dell (15%), Acer 14% dan Samsung 6%. Samsung mencatatkan peningkatan tertinggi 400% diikuti pula oleh Lenovo (287%).

Walaupun jumlah pengeluaran Chromebook meningkat mendadak, ia masih jauh di belakang PC dengan 458.2 juta unit dan tablet dengan 160.6 juta unit pada tahun 2019. Ini adalah kerana peningkatan penggunaan Chromebook hanya dipacu oleh sektor pendidikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.