Pengeluaran iPhone XR Dilaporkan Dikurangkan Kerana Sambutan Lebih Rendah Daripada Jangkaan

Pasca pelancaran iPhone XS, XS Max dan XR, kami meramalkan iPhone XR akan menjadi peranti yang mendapat sambutan tertinggi terutamanya di Malaysia. Ini adalah kerana harga jualannya yang lebih rendah walaupun mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding XS. Menurut laporan Nikkei Asian Review, sambutan ke atas XR adalah di bawah jangkaan awal dan Apple telah mengurangkan pengeluaran.

Sumber Nikkei mengatakan di kilang Foxconn, pengeluaran dikurangkan dari 60 saluran ke 45 saluran. Ia bersamaan dengan pengurangan produksi sehingga 100,000 unit sehari. Di kilang Pegatron pula, pengilangan tidak dilakukan pada tahap maksimum. Tetapi tidak semua ini adalah berita buruk untuk Apple kerana jualan iPhone 8 dan 8 Plus pula dilaporkan meningkat. Maka pengurangan jualan XR akan dapat ditebus semula menerusi jualan dua peranti generasi terdahulu ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.