Selain daripada vakum pintar yang berharga hanya RM1099, Xiaomi turut mengembangkan lagi barangan elektrik mereka untuk pasaran tempatan. Xiaomi membawa masuk apa yang pengeluar peranti tidak tawarkan, iaiu pengering rambut.

Pengering rambut Xiaomi ini, iaitu Mi Ionic Hair Dryer H300 adalah pengering rambut yang mempunyai teknologi memanas yang konsisten, ia juga ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Kuasa angin yang dikeluarkan adalah 20 m/s dan terdapat tujuh bilah pada kipas untuk pengering rambut ini mengeluarkan angin yang cukup untuk mengeringkan rambut.

Harga jualan juga adalah mampu milik, iaitu RM129 sahaja. Ia boleh dibeli bermula 13 Mac ini di laman rasmi Lazada atau Shopee.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.