Dalam keadaan ekonomi dunia yang agak mampan dan sukar ketika ini , mencari peluang pekerjaan yang baik bukan lah mudah . Malah jika di lihat semakin banyak industri telah beralih ke arah mendigitaklan perkhidmatan mereka dengan secara tidak langsung mengurangkan peluang pekerjaan tradisional . Jika anda adalah geraduan IT atau mungkin bukan dalam bidang ini , mahu atau tidak anda perlu menguasai pendidikan ICT dengan lebih baik di masa kini dan akan datang kerana fokus ekonomi ke arah ini.

Kemahiran  Perisian Sumber terbuka diperlukan.

Pada persidangan Sumber terbuka yang telah berlangsung di UKM  yang lepas , di lihat trand pengunaan dan keperluan syarikat-syarikat pembangunan dan pengguna kini lebih ke arah mendapatkan kepakaran dalam perisian sumber terbuka. Masakan tidak kini kebanyakan syarikat-syarikat ICT besar seperti google , facebook dan lain-lain mengunakan teknologi sumber terbuka dalam operasi dan pembangunan perisian dan perkhidmatan mereka. Aplikasi seperti Hadoop , nosql  dan OpenStack kini menjadi teknologi utama syarikat-syarikat besar ini . Malah Kebanyakan syarikat kecil dan sederhana yang baru naik juga menjadikan ia sebagai pilihan utama kerana kosnya yang lebih murah di samping keupayaanya yang setanding dengan perisian berbayar . Syarikat-syarikat besar seperti Cisco, HP, Dell, IBM, NetApp, Red Hat, VMware dan lain-lain juga kini menumpukan untuk mendapatkan sumber dari perisian sumber terbuka bagi keluaran produk-produk mereka di masa akan datang .

Pengetahuan Pembangunan Perisian 

Pagi pembangunan perisian pula , kini sumber terbuka menguasai hampir kebanyakan sistem dan laman web di dunia. Siapa tidak kenal dengan PHP , mysql , java , pyton , jquery dan lain-lain bahasa pengaturcaraan  sumber terbuka yang amat popular kini  . Hampir kebanyakan laman web yang anda guna kini mengunakan bahasa ini sebagai pembangunan mereka.  Malah jika di lihat dalam ruangan iklan kerja kosong bagi pembangun sistem kebanyakan mereka memerlukan mereka yang mempunyai kepakaran dalam mengunakan bahasa-bahasa ini . Untuk pembangunan perisian Mudah alih pula , Android di lihat menguasai pasaran ketika ini . Walaupun berlainan jenama namun “core” asal yang di gunakan semua talifon mudah alih android ini adalah mengunakan perisian sumber terbuka yang di keluarkan oleh pihak google ini . Terdapat banyak framwork atau natif aplikasi andriod yang memerlukan pembangun di masa akan datang . Pengetahuan anda seperti cardova , ionic , bootstrap dan lain-lain kerangka sumber terbuka yang kebanyakan kini di gunakan dalam industri pembangunan .

Kemahiran Java 

Pengunaan bahasa java kini di lihat semakin berkembang dengan adanya android . Andriod yang dibangunkan dengan mengunakan bahasa java pasti memberi ruang dan peluang pekerjaan kepada mereka yang menguasai bahasa ini . Banyak juga perisian-perisian enteprise yang memilih java sebagai bahasa pembangunan mereka .

Bahasa Pengaturcaraan Lain

PHP, Perl, Python, Ajax, C, C++ dan Ruby adalah antara bahasa aturcari yang diperlukan di dalam pasaran ketika ini . Pengusaan bahasa-bahasa ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan  selepas tamat tempoh pengajian nanti.

Kemahiran Keselamatan 

Kemahiran keselamatan perisian dan rangkaian juga menunjukan peningkatan peluang perniagaan dan pekerjaan . Dunia ICT yang semakin berkembang ketika ini memerlukan keselamatan , untuk  di urus dengan baik supaya tidak berlakunya kebocoran dan kecurian data. Kebanyakan alatan keselamatan komputer juga di bangunkan dan mengunakan teknologi sumber terbuka .

Module Pembelajaran dan kemahiran Perisian Sumber Terbuka ke Universiti .

Walaupun industri pembangunan perisian dan perkakasan kini telah menjadikan perisian sumber terbuka sebagai kegunaan industri , Namun kebanyakan Universiti di malaysia masih melihat perkara ini dari sudut yang berbeza  . Ahli Akademik di universiti tempatan mengangap modul pengajian mereka selama ini telah memenuhi piawayan yang diperlukan dan tidak pelu kemahiran sumber terbuka ini di bawa dalam module pembelajaran mereka. Berbeza dengan pihak industri yang kini menjadikan perisian sumber terbuka sebagai agenda utama dalam pembangunan mereka kerana selain dapat menjimatkan kos penyelidikan ia juga dapat mempercepatkan syarikat menerap teknologi baru di dalam syarikat . Pihak universiti tempatan pelu melihat Sumber terbuka ini dari aspek yang berbeza jika ingin melahirkan graduan-graduan yang diperlukan oleh pihak industri .

Belajar Berdikari 

Memandangkan kod sumber terbuka ini adalah percuma dan boleh di dapati dari internet, Keupayaan pelajar menerokai sendiri ilmu-ilmu baru yang digunakan dalam industri ketika ini begitu penting . Mereka tidak boleh lagi hanya bergantung kepada silibas yang di berikan oleh pensyarah mereka sebaliknya menerokai ilmu baru sejak dari seawal semesta satu lagi pembelajaran .  Yang mana membolehkan mereka seawal semesta 3 telah mampu mengeluarkan perisian yang standart industri

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.