Penggodam telah dilaporkan memperoleh salinan cerita dari Disney iaitu Pirates Of The Caribbean yang ke 5 dan mengancam akan membocorkan tayangan setiap 20 minit pada satu jangka masa kecuali mereka menerima bayaran wang tebusan yang tidak didedahkan oleh pihak Disney.

Penggodam tersebut telah menuntut sejumlah besar wang perlu dibayar dengan matawang digital Bitcoin. Disney sedang bekerjasama dengan FBI dan tidak akan membayar tebusan tersebut.

Perkara ini sama dihadapi oleh Netflix apabila seorang penggodam menyiarkan 10 episod musim yang akan datang Orange Is The New Black apabila Netflix juga enggan mengikut tuntutan penggodam itu.

Pada tahun 2014, penggodam berjaya menggodam Sony Pictures dan menuntut studio membatalkan pengedaran tayangan wayang The Interview, cerita komedi tentang plot untuk membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Siri cerita Pirates of the Caribbean ini telah memperoleh Disney lebih daripada $ 3.72 bilion dari seluruh dunia sejak pengeluaran filem pertamanya pada tahun 2003. Filem terbaru “Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales” ini Disney dikatakan mengeluarkan perbelanjaan sebanyak $ 230 juta.

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.