Pengguna Digalakkan Untuk Muat-Turun Aplikasi Price Catcher Untuk Pemantauan Harga Barangan

Bersama-sama dengan pengumuman Belanjawan 2019 hari ini, kerajaan kini turut mengalakkan pengguna untuk memuat-turun aplikasi Price Catcher, sekaligus memudahkan pengguna memantau harga barangan semasa.

Price Catcher

Aplikasi Price Catcher menawarkan kemudahan pengguna menyemak harga barangan runcit daripada pelbagai penjual, selain turut membolehkan pengguna menambah senarai barangan yang ingin dibeli dan memantau harga melaluinya.

Aplikasi ini ditawarkan untuk Android dan iPhone secara percuma. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini dan memantau harga barangan runcit sekitar anda.

Muat-Turun Price Catcher untuk Android

Muat-Turun Price Catcher untuk iOS

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.