Pengguna Huawei Mate 20 Pro Melaporkan Masalah Tunaksrin

Dengan Mate 20 Pro, Huawei menghasilkan peranti yang cuba mencabar dominasi Samsung dan Apple di persada pasaran peranti pintar. Peranti ini unik kerana dilengkapi sistem tri-kamera lensa ultra sudut lebar dan pengimbas cap jari dalam skrin. Selepas dilancarkan sebilangan kecil pengguna mula melaporkan masalah tunaskrin yang aneh.

Apabila skrin terpasang, pada bahagian sisi ia akan memaparkan warna hijau. Ini mencacatkan imej yang cuba dilihat pada peranti. Masalah screen-bleeding ini jarang sekali dilihat pada skrin OLED kerana lebih kerap ditemui pada skrin LCD sebelum ini.

Huawei masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masalah ini dan kami sendiri tidak menemuinya pada peranti yang sedang diulas. Apa yang kami sedari sejak akhir-akhir ini masalah skrin kerap berlaku pada peranti mercu tanpa mengira pengeluar.

Sumber Huawei Community menerusi GSMArena

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.