TechSemut Malaysia

Pengguna iPhone X Melaporkan Face ID Gagal Berfungsi Selepas Kemaskini iOS 11.2

Pengguna iPhone X Melaporkan Face ID Gagal Berfungsi Selepas Kemaskini iOS 11.2

Pengguna iPhone X Melaporkan Face ID Gagal Berfungsi Selepas Kemaskini iOS 11.2
Disember 05
00:58 2017

Kemaskini sepatutnya menjadikan peranti lebih selamat dengan menampal kerentanan dan membaiki masalah pepijat. Hanya beberapa hari yang lalu kemaskini iOS 11.2 diberikan bagi menyelesaikan masalah peranti yang hidup dan mati secara rawak pada 2 Disember. Kepantasan Apple memberikan kemaskini terhadap masalah kritikal ini harus dipuji tetapi nampaknya menimbulkan masalah baru.

Sebilang pemilik iPhone X melaporkan sistem imbasan wajah Face ID tidak lagi berfungsi selepas kemaskini ke iOS 11.2 dilakukan. Antara jalan penyelesaian ialah menghidup dan mematikan semula peranti selepas kemaskini. Namun masih ada sebilangan kecil pemilik yang melaporkan masalah masih wujud selepas langkah ini diambil.

Masalah ini tidak berlaku pada iPhone X milik kami. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah Face ID masih berfungsi pasca kemaskini?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com