Pengguna Kini Boleh Mengukir Emoji Pada AirPods

Apple sekian lama sudah membenarkan pengguna mengukir nama atau apa jua teks pada beberapa produk mereka. Di Malaysia, pengguna perlu membuat tempahan secara atas talian dari laman web rasmi Apple untuk ukir teks yang diinginkan.

Terkini untuk semua AirPods,  iaitu TWS tersendiri Apple – pengguna boleh mengukir emoji pula. Akan tetapi, emoji yang boleh diukir adalah terhad dan pengguna hanya boleh mengukir salah satu sahaja – teks atau emoji dan tidak boleh digabungkan.

Terdapat 31 emoji sahaja yang boleh dipilih, antaranya adalah emoji senyum, tahi, hantu, dan banyak lagi. Harga jualan adalah sama, iaitu RM1099 untuk AirPods Pro, RM879 untuk AirPods dengan pod pengecasan nirwayar dan RM699 untuk AirPods biasa.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*