Pengguna Malaysia Sudah Boleh Membeli Mi Band 4 Melalui Kedai Atas-Talian Xiaomi Global – Harga Bermula RM159

Xiaomi sebelum ini telah membuka kedai atas-talian dinamakan Xiaomi Global yang menjual produk terus dari China kepada pengguna tempatan. Ini sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan produk-produk baru Xiaomi dengan lebih pantas.

Selari dengannya, kini kedai atas-talian Xiaomi Global di Malaysia telah pun mula menawarkan gelang tangan pintar Mi Band 4 untuk pengguna tempatan.

Xiaomi Mi Band 4

Melalui penyenaraian di Lazada, mereka menawarkannya pada harga RM169, dengan masa penghantaran sepantas lebih 6 hari secara percuma. Tetapi, sekiranya anda inginkan ia dengan lebih pantas, melalui Xiaomi Global di Shopee, mereka menawarkan penghantaran dalam masa 3 hari – tetapi pada harga jualan berjumlah RM199 (RM159 dengan masa penghantaran 30 hari).

Xiaomi Mi Band 4 hadir dengan penggunaan skrin berwarna, dilengkapi sokongan Bluetooth 5.0, selain sejumlah ciri-ciri kecergasan menarik bersama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini di kedai atas-talian Xiaomi Global hari ini, sementara menantikan Xiaomi Malaysia membawa masuknya secara rasmi.

Beli : Mi Band 4 di Xiaomi Global Lazada

Beli : Mi Band 4 di Xiaomi Global Shopee

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.