TechSemut Malaysia

Pengguna Moto Z Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat

Pengguna Moto Z Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat

Pengguna Moto Z Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 7.0 Nougat
Januari 26
12:22 2017

Permulaan tahun 2017 ini memperlihatkan sejumlah peranti Android mula menerima kemaskini Android 7.0 Nougat. Selepas Sony dan Samsung, kini Lenovo telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk para pengguna Moto Z di Malaysia.

Seperti biasa, Lenovo mengekalkan antaramuka yang menyerupai antaramuka asal Android tanpa penambahan drastik seumpama pelbagai pengeluar peranti lain. Melalui kemaskini Nougat, Moto Z kini menyertakan sokongan Multi-Window, fungsi DayDream untuk realiti-maya, nafas baru pada talam notifikasi, dan pelbagai ciri-ciri baru yang lain.

Moto Z Daydream

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Moto Z, anda sudah boleh menyemak peranti anda untuk memulakan muat-turun kemaskini Android 7.0 Nougat ini. Seperti biasa, kemaskini ini akan bersaiz besar, dan pengguna dinasihatkan berhubung ke rangkaian WiFi supaya tidak menjejaskan penggunaan data bulanan dan bil telekomunikasi talian mudah-alih anda.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com