Sebilangan pengguna OnePlus 5 melaporkan masalah peranti gagal berfungsi sekiranya mereka mendail nombor 911 di Amerika Syarikat. Dengan pantas OnePlus memberikan kemaskini bagi menyelesaikan masalah ini. Tetapi selepas kemaskini diberikan, masalah baru pula muncul.

Di laman komuniti OnePlus, sebilangan kecil pengguna melaporkan bateri peranti kini digunakan lebih pantas dari biasa. Mereka mendapati bateri akan berkurangan sehingga 25% pada waktu malam walaupun di dalam mod Doze. Tiada kenyataan rasmi diberikan oleh OnePlus buat masa ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.