Beberapa hari yang lalu, kemas kini sistem versi 7.51 diberikan kepada konsol PlayStation 4 bagi meningkatkan kestabilan serta menampal pepijat yang dilaporkan pengguna. Tetapi sebaliknya berlaku kerana ia menimbulkan masalah baharu kepada pengguna yang ingin menonton YouTube menggunakan konsol.

Sekiranya aplikasi YouTube dibuka pada PlayStation 4 pasca kemas kini, secara lalai tiada akaun pengguna yang dilog masuk. Jika mereka ingin melog masuk, konsol akan memaparkan notifkasi mengesan masalah NP-37602-8. Tiada penyelesaian kepada masalah ini diberikan oleh Sony atau YouTube setakat ini. Bagi mereka yang menggunakan YouTube Premium masalah ini adalah menjengkelkan kerana video dengan iklan terpaksa ditonton.

Jalan penyelesaian sementara ialah menyiarkan (casting) kandungan  yang ingin ditonton dari telefon pintar ke konsol menerusi aplikasi YouTube. Pihak YouTube telahpun mengesahkan pihak mereka menyedari masalah yang dihadapi pengguna PS4.

Terima kasih @FujiyamaOden untuk tips ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.