Pengguna Poco F1? Muat Turun MIUI 10 Stabil Hari Ini – Tetapi Masih Lagi Oreo

Pocophone F1 adalah telefon pintar sub-jenama Xiaomi. Ia membawakan spesifikasi sebuah peranti mercu pada harga sebuah peranti kelas pertengahan. Dijana dengan Snapdragon 845, RAM 6GB dan mempunyai sistem penyejukan cecair.

Peranti yang turut digelar sebagai Poco F1 ini menjalankan MIUI for Poco (MIUI 9) ketika dilancarkan. Kini, MIUI for Poco terbaru (berasaskan MIUI 10) boleh dimuat turun. MIUI 10 mempunyai rekaan gabungan antaramuka Android 9.0 Pie dan iOS. Walau bagaimanapun, MIUI 10 for Poco yang baru ini – masih lagi berasaskan Android Oreo dan bukannya Pie.

Jika anda ingin cuba Android Pie, terdapat ROM MIUI 10 beta tertiris yang turut boleh dicuba.

Muat Turun: MIUI 10 Stabil Untuk Poco F1 Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.