Pengguna Safari Boleh Menonton Kandungan 4K HDR Netflix Melalui MacOS Big Sur

Sistem operasi MacOS Big Sur dijangka tiba pada penghujung tahun ini, dan dengannya, beberapa kemaskini besar dijangka tiba untuk sistem operasi Apple.

Salah satu daripadanya ialah untuk pelayar web Safari. Melalui kemaskini Big Sur, ia telahpun menerima sokongan untuk codec video HEVC. Sebelum ini, pengguna Safari hanya boleh menonton kandungan Netflix pada resolusi Full HD tanpa sokongan HDR.

Melalui sokongan ini, yang sudahpun boleh dilihat pada MacOS Big Sur untuk para pembangun teknologi, pelayar web tersebut kini boleh menonton kandungan Netflix pada resolusi 4K bersama-sama dengan teknologi HDR, tidak kira ia menggunakan HDR10 ataupun Dolby Vision.

Walaupun begitu, terdapat satu syarat untuk pengguna menerima sokongan resolusi 4K dan HDR ini. Ia hanya boleh diaktifkan pada komputer Mac yang dikeluarkan pada tahun 2018 dan keatas.

Dengan peranti Mac versi ama, sokongan tontonan kandungan Netflix 4K HDR ini tidak akan tiba walaupun anda memuat-turun sistem operasi MacOS Big Sur.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*