Penstriman langsung merupakan suatu aktiviti yang agak lumayan sekarang jika anda mempunyai ramai penonton.Twitch merupakan sebuah platform penstriman langsung yang sangat popular. Akan tetapi, ia sering dibelenggu masalah kualiti penstriman dan tidak mempunyai pilihan untuk menstrim pada tetapan 60 FPS.

Twitch baru sahaja mengumumkan bahawa pengguna-pengguna perkhidmatan penstriman tersebut kini boleh menstrim video mereka pada resolusi Full HD (1920×1080) dengan kadar 60FPS. Ini juga selari dengan keputusan Twitch untuk menaikkan bitrate penstriman daripada 3mbps ke 6mbps.

Bagi penstrim yang ingin mengetahui sama ada akaun mereka mempunyai pilihan penstriman yang baru ini, mereka boleh ke laman Twitch Inspector.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.