Dengan pengenalan Windows 10 S, mungkin ramai yang tidak menyukai had penawaran pemasangan perisian hanya melalui Windows Store sahaja – apatah lagi untuk peranti berkuasa seperti Surface Laptop.

Untuk pengguna yang memerlukan ciri tambahan seperti pemasangan perisian luar dan sebagainya, Microsoft turut menawarkan sokongan untuk menaik-taraf kepada sistem operasi Windows 10 Pro penuh pada sedikit bayaran tambahan. Microsoft mengatakan ia berharga $49 di Amerika Syarikat, tetapi tidak diketahui lagi harga tempatan untuknya buat masa ini.

Windows 10 S

Perkara ini mungkin diminati ramai pengguna, dan ia tidak lagi terhad semata-mata seperti Windows RT sebelum ini. Pengguna untuk sekolah mungkin akan meminati ciri mengehadkan pemasangan perisian luar, dan mengelak “menternak” malware pada komputer di sekolah – sementara pengguna luar yang inginkan kuasa operasi tambahan, boleh membuat pembayaran dan mendapatkan kuasa penuh Windows 10.

Disamping itu, untuk pengguna yang mendapatkan Surface Laptop kelak, anda turut boleh menaik-taraf kepada Windows 10 Pro secara percuma sehingga penghujung 2017 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.