Penggunaan iOS 12 Kini Mencecah 70%

Kemaskini iOS 12 diberikan kepada umum sejak  17 September yang lalu. Selepas 79 hari, peratusan penggunaan versi terkini iOS ini telahpun mencecah 70% peranti mudah alih Apple. Ini adalah peningkatan sebanyak 10% berbanding bulan lalu dan adakah pada kadar lebih tinggi berbanding iOS 11 yang hanya mencatatkan 59% awal Disember 2017 yang lalu.

iOS 11 di tangga kedua dengan 21% dan lebihan 9% masih lagi menggunakan iOS 10 dan ke bawah. Peratusan penggunaan versi terkini iOS ini akan tinggi jika dibandingkan dengan peratusan pengguna Android Pie yang masih di bawah 0.1% mengikut angka rasmi yang Google bulan lalu. Jelas sekali sekiranya anda mementingkan kemas kini yang pantas, iOS ialah sistem operasi yang menjamin ianya berlaku.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.