Apakah kelemahan WhatsApp berbanding aplikasi pemesejan lain seperti Messenger ialah ia hanya boleh digunakan pada satu peranti pintar pada satu-satu masa. Oleh itu pada Jun lalu mula kedengaran laporan WhatsApp akan mengaktifkan sokongan ia digunakan pada empat peranti secara serentak.

WAppBetaInfo kini menemui petanda ciri ini akan diaktifkan kelak selepas menemui pilihan Linked Devices pada skrin tetapan peranti aplikasi versi Beta. Menurut WABetaInfo, setiap peranti perlu menjalani proses pengesahan menerusi kod yang dihantar menggunakan SMS seperti biasa. Selepas kesemua peranti diaktifkan, ia boleh digunakan seperti biasa secara serentak dengan peranti lain yang turut telah menjalani proses pengesahan. Ini ialah sokongan yang telah lama diminta oleh pengguna dan nampaknya semakin hampir menjadi realiti.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.