Satu pasukan penyelidikan Korea yang diketuai oleh Profesor Kwon Sunghoon dari Seoul National University dan profesor Park Wook dari Kyung Hee University, telah membangunkan satu pengecam jari dengan hanya saiz partikel habuk, yang hanya boleh dilihat sebagai cap jari tiruan‘, ianya tidak boleh ditiru tetapi boleh diperhalusi berdasarkan pada ciri kekuatan keselamatan. Pasukan ini telah berjaya menggunakan0 satu kaedah penghasilan rawak, corak yang dihasilkan juga dikatakan tidak menentu pada polietilena glikoldiacrylate (PEGDA). Ianya dihasilkan dengan merawat polimer dengan sinar ultraviolet dan semburan silica. Polimer yang disembur dengan silika mempunyai sifat yang cepat kering justeru menghasilkan kedutan yang seakan cap jari semasa proses pengeringan.

dust-sized-identifier

Corak yang dihasilkan tidak boleh diramalkan bentuknya menyebabkan ianya sukar ditiru. Setiap corak yang dihasilkan boleh mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan pelbagai manakala sifat bentuk rawak masih dikekalkan dengan memanipulasikan kadar minit proses penghasilan. Memperolehi corak rawak dan kekuatan ciri keselamatan boleh dibandingkan dengan selarikan dua salinan pada masa yang sama untuk memberi maklumat pengenalan mikro, oleh kerana penyelidik mempunyai tahap kesukaran ketika memproses corak ini, adalah sangat sukar untuk ditiru oleh pihak lain.

By neto