Pengunaan Dron di putrajaya kini suatu kesalahan jika tiada kebenaran DCA

Dron telah menjadi salah satu permainan dan peralatan elektronik yang digunakan ramai akhir-akhir ini – sama ada cuma untuk menerbangkannya sahaja ataupun untuk merakamkan gambar dari udara dengan cantik melaluinya. Beberapa kawasan sedia diharamkan penggunaan dron kerana boleh membahayakan – sebagai contoh sekitar lapangan terbang.

Dron

Kini, Perbadanan Putrajaya melalui laman Facebook turut mengatakan sebarang aktiviti melibatkan penerbangan dron di Putrajaya perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Disamping itu, surat kelulusan CGSO juga diperlukan kerana kawasan Putrajaya tertakluk dibawah Kawasan Sasaran Penting Malaysia.

Daripada pertanyaan lanjut kami berkaitan dengannya kepada pihak Putrajaya, mereka mengatakan kini ia lebih memfokuskan kepada rakaman menggunakan dron di beberapa kawasan penting Putrajaya. Pihak Putrajaya turut memberikan saranan supaya memainkannya dikawasan seperti Taman Wetland Putrajaya. Pengguna boleh menghubungi pihak Putrajaya melalui talian 03 8000 8000 untuk menyemak kawasan yang terlibat.

 

Assalammualaikum & salam sejahtera,

Bahagian Komunikasi Korporat telah menerima pemakluman berkaitan penggunaan Drone di Putrajaya daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (Department of Civil Aviation-DCA).

Untuk makluman, sebarang aktiviti melibatkan penerbangan Drone di Putrajaya perlu mendapat kelulusan daripada DCA. Sebelum permohonan dikemukakan kepada DCA, penganjur perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri. Surat kelulusan CGSO adalah diperlukan kerana seluruh kawasan Putrajaya adalah tertakluk di bawah Kawasan Sasaran Penting Malaysia. Oleh yang demikian, setiap aktiviti melibatkan Drone baik di darat dan udara bagi semua acara dan festival yang diadakan di Putrajaya memerlukan kelulusan daripada CGSO.

Sebarang permohonan yang dikemukakan kepada DCA tanpa surat kebenaran dari CGSO akan ditolak. Untuk makluman lanjut sila hubungiJabatan Penerbangan Awam Malaysia – Official

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.