Penjual Tempatan Mula Menawarkan iPhone XS Dengan Diskaun Sehingga RM250

RM5899 RM6099 -3%

Apple iPhone XS dan XS Max baru sahaja dijual di Malaysia sejak penghujung minggu lepas. Namun, kini nampaknya telah ada penjual yang mula menawarkan telefon pintar terbaru daripada Apple berkenaan pada harga diskaun, bersempena dengan musim perayaan Hari Deepavali.

Ditawarkan oleh DirectD, mereka menawarkan iPhone XS dan juga iPhone XS Max pada harga diskaun antara RM150 ke RM250 berbanding harga jualan rasmi.

Apple iPhone XS

Berikut merupakan harga jualan yang ditawarkan oleh DirectD untuk tempoh waktu terhad sehingga 10 November 2018 kelak. Selain peranti keluaran Apple, mereka turut memberikan diskaun untuk sejumlah peranti yang lain di pasaran.

iPhone XS 64GB – RM4799 (RM4999)
iPhone XS 256GB – RM5499 (RM5699)
iPhone XS 512GB – RM6399 (6649)

iPhone XS Max 64GB – RM5199 (RM5399)

iPhone XS Max 256GB – RM5899 (RM6099)
iPhone XS Max 512GB – RM6899 (RM7049)

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan telefon terbaru Apple ini, mungkin boleh menyemak penawaran daripada DirectD untuk mendapatkan diskaun waktu terhad ini. Seperti biasa, harga yang ditawarkan ini adalah oleh penjual tempatan sahaja, sementara harga rasmi daripada pihak Apple masih kekal seperti biasa tanpa sebarang perubahan

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.