Berita Menarik

Penjual Tempatan Mula Mengambil Pra-Tempahan Vivo V15 Pro – Memperlihatkan Spesifikasi Penuh

Pembaca : 11
0 0

Vivo Malaysia telah mengumumkan mereka akan melancarkan Vivo V15 Pro untuk pasaran tempatan pada penghujung bulan ini. Kini, selari dengannya, beberapa penjual tempatan telah mula mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar akan datang berkenaan dan mempertontonkan spesifikasi yang akan dibawakan olehnya.

Daripada apa yang dipertontonkan, Vivo V15 Pro hadir dengan skrin 6.3-inci pada resolusi HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 675, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi tri-kamera belakang gabungan 48MP + 8MP + 5MP, selain kamera hadapan 32-megapixel yang boleh dinaik dan diturunkan.

Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 3700mAh, selain dijana sistem operasi Android 9.0 Pie.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan pengguna boleh melakukan pra-tempahan dengan membayar deposit RM100. Harganya dijangka kurang daripada RM2000 dan ditawarkan dalam warna biru dan merah bermula 2 Mac 2019 kelak.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.