Di bawa pentadbiran Presiden Donald Trump, pelbagai syarikat dari China telah dimasukkan ke dalam senarai entiti kerana didakwa mengancam keselamatan Amerika Syarikat. Huawei ialah syarikat yang paling dikenali ramai dalam senarai ini kerana ia terjejas teruk sejak dimasukkan ke dalam senarai pada tahun 2019. Ramai meramalkan apabila pentadbiran Trump digantikan dengan Biden, nasib Huawei mungkin akan berubah.

Tetapi ramalan ini mungkin meleset berdasarkan kenyataan terkini yang diberikan oleh Gina Raimondo, yang merupakan calon Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat. Menurut laporan Bloomberg, Raimondo tidak mempunyai sebab pada waktu ini untuk mengeluarkan syarikat-syarikat China dari senarai entiti ini.

Huawei China

Selain itu dalam jawapan bertulis, Raimondo juga berkata beliau dan Setiausaha Negara Antony Blinken bersetuju untuk menggunakan sekatan bagi menghalang pengimportan produk dari China yang dihasilkan menggunakan tenaga kerja paksa di Xinjiang.

Masa depan Huawei masih lagi gelap untuk tahun 2021. Dengan akses kepada cip terus dihalang dan sistem operasi HarmonyOS didedahkan sekadar Android 10 yang diubahsuai, ini bukanlah minggu yang baik untuk syarikat yang masih memegang pasaran terbesar telefon pintar di China.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.