Penyertaan Program MaGIC SE Bootcamp Kini Dibuka – Insiatif Bagi Menstrukturkan Kembali Operasi Perniagaan

Malaysia Global Innovation and Creative Centre (MaGIC) kini telah tampil dengan penganjuran Social Entrepreneurship (SE) Bootcamp. Platform SE ini bertujuan untuk membentuk pemikiran dan kemahiran startup dalam struktur operasi perniagaan mereka.

Antara tema yang dibawa dalam program ini adalah pembangunan dalam produktif perniagaan, pembangunan komuniti, sekaligus membuka peluang kepada operasi perniagaan yang terpencil, dan keseimbangan dalam operasi.

Untuk makluman anda, MaGIC SE ini adalah program 2 minggu yang menyediakan pelbagai usaha sosial pada peringkat awal. Usaha tersebut merangkumi idea inovasi seperti menguji rancangan perniagaan, memperkemaskan model pemahaman dalam operasi dan pelaburan yang selamat menggunakan strategi keusahawanan inovatif. Fokus utama program ini memihak kepada startup, usahawan korporat, tenaga profesional dan graduan tahun akhir.

Sepanjang tempoh ini, terdapat sesi perkongsian berkenaan operasi perniagaan antara startup bersama pihak berkemahiran seperti mentor program yang akan terlibat. Buat anda yang berminat untuk turut serta dalam program ini bolehlah mendaftar pada pautan dibawah. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 14 Jun ini.

Layari: Daftar – MaGIC SE Bootcamp

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.