2016 ialah tahun membeli penyesuai sekiranya anda membeli produk Apple. iPhone 7 dijual tanpa bicu audio dan penyesuai perlu digunakan bagi menggunakan fon telinga dengan sambungan bicu audio 3.5mm. Pembeli MacBook Pro 2016 pula perlu membeli penyesuai kerana komputer riba ini hanya dilengkapi USB-C. Tahun ini tiba giliran Google Pixel 2 pula untuk menggunakan penyesuai.

Penyesuai USB-C ke bicu audio disertakan dengan setiap pembelian. Tetapi sekiranya ia mengalami kerosakan atau hilang, anda perlu membayar $20 (~RM 85) untuk membeli penyesuai baru. Ini adalah harga yang amat mahal jika dibandingkan dengan penyesuai Lightning ke bicu audio Apple yang dijual pada harga RM 49.

Nampaknya Google Pixel 2 bukan sahaja mampu mengalahkan iPhone 8 dari segi kemampuan kamera, ia kini mampu mengalahkan Apple di dalam kategori penyesuai yang mahal.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.