Luminar merupakan salah satu aplikasi popular untuk tujuan penyuntingan gambar yang khusus untuk pengguna Mac sebelum ini. Kini, selepas hanya khusus untuk Mac sahaja, pembangunnya Macphun telah mula menawarkan penyunting gambar berkenaan untuk para pengguna Windows dalam bentuk beta terbuka.

Luminar Windows

Luminar membolehkan anda membuat beberapa penyuntingan pada gambar dalam menambah-baik hasil akhirnya, termasuk menambah penuras dengan bantuan kecerdasan buatan, membetulkan hasil rakaman, mengubah fail RAW, dan sejumlah ciri-ciri menarik lain.

Luminar ditawarkan dalam bentuk beta sahaja buat masa ini, dan bakal dilancarkan dalam beberapa bulan. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan perlu mendaftar alamat emel untuk boleh menggunakannya.

Muat-Turun Luminar Beta untuk Windows

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.