Peranan Universiti Menyantuni Pembangunan Mampan Setempat

Oleh : Prof. Ir. Dr. Mohd Fadhil Bin Md Din, Pengarah Pelestarian Kampus, Universiti Teknologi Malaysia
Datuk Prof. Ir. Dr Wahid Omar, Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia

Sempena persidangan International Conference and Workshops on Basic and Applied Sciences 2019 (ICOWOBAS 2019) yang berlangsung di Hotel KSL Resorts Johor Bahru, satu pameran dan promosi berkenaan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) telah berjaya dilaksanakan.

Interaktif Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Dunia

Dunia hari ini dipacu dengan pesatnya menerusi perbekalan tenaga meliputi pelbagai sektor. Justeru, kebanyakan program lestari menjurus kepada pemain-pemain dalan industri tenaga. Industri tenaga boleh diperbaharui merupakan salah satu agenda penting untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), berdasarkan kepada sasaran di bawah item ke-7 (SDG-7: Tenaga Bersih dan Mampu-biaya) dan ke-13 (SDG13: Tindakan Terhadap Iklim). Pihak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation, UN) telah menggariskan 17 matlamat yang seharusnya mencapai agenda tahun 2030 berdasarkan perubahan gaya hidup masyarakat dan kelestarian sumber yang mencapai tahap optimum. Memandangkan keadaan mendesak dan skala tenaga yang boleh diperbaharui mesti digunakan untuk memenuhi pembangunan mampan dan mencapai kesepakatan dalam perubahan iklim dunia, adalah penting bahawa industri tenaga terlibat secara aktif dalam pemusatan SDGs. Semakan semula keberkesanan rancangan jangka panjang di bawah sektor tenaga telah membangkitkan gelombang kedua yang dikenali sebagai “Decarbonize by Mid-Century, Roadmap 2050”, sebagai aspirasi baru “Dunia pada tahun 2050” (terjemahan asal, The World in 2050). Pembentangan dan gerakerja TWI 2050 telah dilaksanakan di beberapa mesyuarat antarabangsa termasuk Forum Sains, Teknologi dan Inovasi serta Forum Politik Peringkat UN. Pembabitan secara langsung dan sukarelawan dari serata dunia telah mencetuskan agenda transformasi supaya rancangan SDGs 2030 tidak tersasar daripada inisiatif utama bagi menyediakan keperluan dunia yang lebih lestari pada masa depan. Pembentangan bertulis yang digarap oleh beberapa pakar dan saintis di seluruh dunia telah  menukilkan enam (6) bidang teras SDGs yang wajar diberikan perhatian jelas seantero dunia. Bidang teras yang dibentangkan merangkumi elemen, iaitu (a) penggunaan elektrik sifar karbon, (b) Elektrifikasi kepada pengguna, (c) Bahan api sintetik mesra alam, (d) Grid agihan elektrik pintar, (e) Keberkesanan penggunaan bahan, dan (f) Guna tanah lestari. Kesemua elemen teras ini tertumpu kepada sektor yang paling intensif/kritikal yang boleh mengancam masyarakat masa depan, iaitu Tenaga, Industri, Pengangkutan dan Bangunan. Justeru, penjajaran semula ke arah masyarakat “Penyahkarbon” merupakan agenda utama dalam kesemua indikator SDGs yang digariskan menerusi TWI 2050, tidak terkecuali institusi pendidikan tinggi.

Idea Penyetempatan SDGs dan Impak Perlaksanaan

Keperluan dan program perlaksanaan secara holistik SDGs di peringkat akar umbi merupakan pendekatan terbaru berkonsepkan “Think Global!Act Locally!” dan “Think Long-term!Act Now!”. Agenda transformasi berkaitan SDGs secara umumnya di salah tafsir sebagai program yang mempunyai agenda politik, keterbatasan penglibatan komuniti di peringkat dasar, tiada keseragaman perlaksanaan dan seterusnya meletakkan penjajaran sasaran yang tidak munasabah. Tambahan pula, kekurangan pengumpulan data yang konsisten terutama di beberapa negara masih menjadi cabaran utama bagi memperolehi input saintifik. Kekeliruan di kalangan pemegang taruh di peringkat akar umbi ini telah diterjemahkan kembali menerusi pengenalan inisiatif “Localizing SDGs” (atau dikenali sebagai Penyetempatan SDGs). Inisiatif yang diperkenalkan bukanlah program baru atau inisiatif yang di luar konteks SDGs itu sendiri tetapi merupakan perancangan tempatan dalam mengurus serta melaksanakan SDGs berdasarkan acuan sosio-budaya, kegiatan ekonomi dan gaya hidup masyarakat setempat. Sebagai contoh, beberapa negara mundur dan sedang membangun tidak meletakkan teknologi sebagai pra-syarat perlaksanaan indikator/elemen di dalam SDGs, tetapi mengubahsuai inisiatif perlaksanaan menepati keperluan sosio-ekonomi setempat dan transformasi di peringkat pelaksanaan terutama melibatkan penglibatan masyarakat umum. Akhirnya, kesemua indikator ini tetap menjurus kepada perubahan nilai, kumulatif impak dan sumbangan terhadap setiap elemen SDGs.  Hal yang sama juga sedang dirangka menerusi penglibatan institusi pengajian tinggi, terutamanya kampus Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Proses penyaringan dan pengubahsuaian penyetempatan SDGs di kampus UTM bukan hanya menumpukan kepada bidang kewajaran membina perkongsian mengenai alam sekitar, malah telah menggunapakai kerangka daripada Pelan Global Universiti (I-III) yang melibatkan kesemua pemegang taruh di dalam kampus. Antaranya ialah UTM akan mula menilai dan membahaskan keperluan Key Focus Area (KFA) yang melibatkan pelan strategik universiti yang membina keperluan jangka masa pendek berkaitan struktur dan pemerkasaan organisasi. Setiap tahun, pihak universiti akan membuat pengubahsuaian semula (revisiting) terutama melibatkan kuantitatif nilai, impak dan signifikasi serta relevan input berdasarkan perkembangan semasa. Ini melibatkan struktur polisi, pendidikan, penyelidikan, operasi, komuniti dan kewangan yang merangkumi beberapa pencapaian yang diukur menerusi indeks Key Amal Indicators (KAIs). Menerusi pengalaman berbeza bermula tahun 2015, penulis mendapati pendekatan penyetempatan SDGs di dalam perancangan strategik universiti akan mengukuhkan keperluan jangka sederhana dan panjang, terutama melibatkan struktur governans, kewangan dan operasi. Tindakan awal yang dilaksanakan oleh UTM berupaya memberikan nilai tambah terhadap pelan strategik universiti dengan menggunakan kerangka SDGs menerusi pemilihan indikator, elemen, nilai dan impak, serta konstruktif analisa mengikut sektor. Justeru, sepatutnya pihak institusi pendidikan tinggi Malaysia mengambil langkah proaktif dalam pembudayaan SDGs tanpa membataskan pengukuran sepertimana yang dimaktubkan dalam Persidangan UN.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Pameran Sekolah Lestari dan Rendah Karbon RCE Iskandar 2019 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat karbon rendah dan matlamat pembangunan lestari (SDG) dalam kalangan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti. PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KELESTARIAN JOHOR 2019-2023 UTM-JPNJ DUKUNG ASPIRASI SDG UNIVERSITI Sekumpulan sukarelawan pelajar pencinta sungai dari Kolej Rahman Putra (KRP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan program ‘KRP Riverdale 2019’ untuk menyahut inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) universiti dalam menjaga kebersihan sungai dan menanamkan sikap cintakan alam sekitar.

Persediaan dan Perlaksanaan Mengikut Acuan Sendiri

Gelombang kedua (2020 – 2030) yang dilaksanakan di UTM merupakan antara cerminan terbaru sepertimana yang dicadangkan dalam sistem pendidikan tinggi yang menghubungkait keperluan kelestarian dalam pentadbiran universiti. Bertepatan dengan tindakan penterjemahan semula TWI 2050, rangka perancangan ini membuka ruang dan peluang mengenai insiatif di peringkat universiti menyantuni indikator yang sebelum ini dikenali sebagai Inisiatif Kampus Rendah Karbon. Pelbagai instrumen pengukuran telah digunakan dalam menilai keberkesanan perlaksanaan terutamanya menerusi sektor tenaga dan infrastruktur. Sebelum ini, pengukuran menggunakan pengkalan data Low Carbon City Framework (LCCF) dan MyCarbon telah membantu menilai sumbangan sektor tenaga dalam program pengurangan karbon dan penjimatan kepada universiti. Instrumen lain yang diperkenalkan oleh MGTC (Malaysia Green Tech Corporation) seperti Building Consumption Input System (BCiS) merupakan antara pengubahsuaian di pelbagai peringkat sektor awam/kerajaan untuk melaksanakan pengumpulan data secara konsisten dan seterusnya memperbaiki keperluan ke arah Komuniti Penyahkarbon. Bagaimanapun, kebanyakan instrumen ini hanya asas dalam proses pengumpulan data dan tidak banyak melibatkan perubahan mentaliti dan legasi. Berdasarkan situasi dan kempen yang dilaksanakan beberapa tahun ini, Kampus Lestari UTM telah mengenalpasti titik perbezaan/persamaan yang boleh dilaksanakan menerusi sinergi Makmal Hidup (Living Laboratory). Justeru, satu instrumen tunggal yang menggabungkan kesemua elemen SDGs telah dimasukkan di dalam sistem penarafan yang dikenali sebagai UTM GreenLeaf; berdasarkan kategori Pejabat/Bahagian/Unit, Kolej Kediaman dan Fakulti/Sekolah. Penggabungan penarafan ini membolehkan pelarasan instrumen di peringkat universiti dilaksanakan menerusi kaedah KPT (kumpul-pantau-tambahbaik). Menerusi pelan rancangan konstruktif UTM, penyediaan tindakan berfasa akan mula dilaksanakan menggunakan pendekatan SDGs melibatkan struktur governans. Elemen pentadbiran dan perkhidmatan akan menggunakan polisi berasaskan indikator SDGs (SDGs-based indicator), seterusnya akan membantu pihak universiti membuat pelaporan peringkat global termasuk Global Report Initiative (GRI) dan THE Impact Rankings – SDGs. Fasa seterusnya adalah membina program berstruktur dan tidak berstruktur melibatkan semua pemegang taruh yang tidak memfokuskan semata-mata kepada alam sekitar. Di akhirnya, penulis berpendapat setiap universiti di Malaysia yang “berjiwa besar” mengenai kelestarian seharusnya mempertaruhkan komitmen ini bukan hanya sebagai kayu ukur lestari tetapi membina kelangsungan universiti sebagai wadah berkelas dunia!

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus komited dalam meneruskan agenda kelestarian dan mendukung inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan melancarkan program Rondaan Kampus Lestari di kampus Kuala Lumpur. Satu program usahasama pintar antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Telepod iaitu TELEPOD-UTM telah dilancarkan untuk menyahut inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di universiti selain menggalakkan budaya hidup lestari dan keusahawanan di kalangan pelajar universiti awam dan universiti swasta. Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam menggunakan tenaga solar bagi menerangi laluan pelajar untuk ke Arked Cengal.

[Nota: Datuk Prof. Ir Dr. Wahid Omar merupakan antara tokoh pencetus idea penginsanan kelestarian di kampus melibatkan struktur pentadbiran yang bersinergi, manakala penulis utama merupakan legasi kedua yang membantu penstrukturan kampus lestari]

Tarikh: 27 Disember 2019

Kredit Foto : news.utm

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.