NEW YORK – Amerika Syarikat (AS) telah membuka barisan pertempuran baharu terhadap kumpulan militan IS di Iraq dan Syria dengan melancarkan ‘serangan bom siber’ ke atas mereka.

Usaha tersebut dilihat menggambarkan keinginan Presiden Barack Obama untuk membawa lebih banyak senjata siber rahsia AS yang telah menyasarkan beberapa pihak terutamanya Iran.

“Kami akan ‘menggugurkan’ bom siber. Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Robert Work.

Keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk memerangi IS yang turut menggunakan alat komunikasi moden dan penyulitan untuk merekrut atau menjalankan operasi mereka.

Matlamat utamanya adalah untuk mengganggu keupayaan IS dalam menyebarkan propaganda, menarik rekrut baharu, mengedarkan arahan komander dan kegiatan harian seperti urusan pembayaran anggotanya.

Difahamkan, langkah itu telah dimulakan dengan siri ‘implan’ dalam rangkaian IS dan kini Washington merancang untuk mengubah mesej dihantar komander mereka bagi mendedahkan kedudukan anggota kumpulan militan terbabit sebelum serangan darat atau dron dilancarkan. – New York Times

 

Sumber asal :-

http://www.sinarharian.com.my/global/operasi-bom-siber-1.514096

 

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.