Oppo adalah syarikat pertama memperlihatkan konsep peranti dengan kamera swafoto bawah skrin. Teknologi ini menggunakan dua panel berbeza OLED, satu yang utama dan satu yang nipis untuk melindungi kamera. Oppo mungkin akan perkenalkan produk ini tidak lama lagi, kerana peranti yang dikatakan mungkin Ace generasi baru adalah peranti tersebut. Kemudian Xiaomi turut mengacah peranti seperti ini yang dikatakan akan tiba pada tahun ini.

Tetapi kedua-dua jenama ini masih tidak memperlihatkan peranti sedemikian. ZTE Axon 20 5G adalah peranti komersil pertama yang hadir dengan kamera bawah skrin. Menurut ZTE, mereka nampak ramai orang yang berminat – jadi generasi kedua akan tiba tidak lama lagi. Ni Fei, iaitu Presiden ZTE tidak menjelaskan peranti apa yang akan menggunakan teknologi ini. Tetapi menurut khabar angin, dua peranti Snapdragon 888 di bawah ZTE iaitu mungkin Axon 30 dan Nubia 30 dikatakan akan menggunakan teknologi ini.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.