Acara khas akan dilangsungkan oleh Vivo pada 12 Jun hadapan. Berdasarkan imej acah yang telah dikongsi, ia adalah pelancaran peranti yang sebelum ini diperlihatkan sebagai Vivo Apex. Bagi yang terlupa, Apex ialah peranti prototaip yang mempunyai skrin yang meliputi 99% permukaan hadapan peranti, pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan kamera swafoto yang muncul seperti periskop.

Nama peranti ini besar kemungkinan akan diubah apabila ia dilancarkan kelak. Beberapa poster untuk Vivo NEX telah mula diletakkan pada ruang pameran Vivo di China. Dari apa yang anda dapat lihat di atas ia mirip sekali dengan Apex. Turut tertera pada poster ia perkataan kecerdasan buatan. Persoalannya sekarang adakah pelancaran NEX akan memulakan trend terbaru peranti peranti dengan permukaan skrin mendominasi permukaan hadapan?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.