Peranti Misteri Realme Dijana Helio G90T Tersenarai – Mungkin Realme 6 Yang Lebih Murah?

Realme 6 adalah antara peranti yang menjadi perbualan orang ramai, kerana ia dijana dengan cip pemprosesa MediaTek Helio G90T. Walaupun MediaTek, ia mempunyai prestasi yang baik, sokongan 90Hz, dan dikatakan lebih menarik digunakan berbanding versi Pro yang dijana Snapdragon 720G. Peranti ini ada banyak versi di pelbagai negara,  contohnya di India ia adalah Realme Narzo, pasaran lain adalah Realme 6s dan di Malaysia adalah Realme 6.

Terkini, sebuah peranti Realme dengan MediaTel Helio G90T tersenarai di FCC. Berdasarkan butiran yang disenaraikan, ia dilihat sama sahaja dengan Realme 6, seperti skrin 6.5-inci. Tetapi membezakan peranti misteri Realme ini adalah ia mempunyai bateri 5000mAh dan saiz peranti adalah lebih tebal dan berat. Selain FCC, Wi-Fi Alliance turut telah mengiktiraf peranti ini bersama-sama juga dengan TKDN di Indonesia dan EEC di Rusia.

Peranti ini mungkin adalah sebuah lagi siri Realme 6, atau mungkin adalah versi lebih murahseperti Realme C12 atau Realme C15 yang diperkatakan. Apa-apa pun, nama-nama peranti Realme ini sama sahaja dengan Xiaomi – yang mana agak memeningkan kerana ramai akan fikir ia adalah peranti berlainan. Hakikatnya, ia adalah peranti sama atau lebih kurang sama untuk pasaran tertentu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*