Minggu lepas, Samsung dilaporkan akan bekerjasama dengan Google untuk mengintegrasikan SmartThings ke dalam Android Auto. Hubungan Samsung dengan Google kini semain erat dan secara perlahan, Samsung begerak ke arah pengalaman penggunaan Android asli.

Dalam blog Google yang sama, Google turut nyatakan yang peranti Samsung akan menjadi peranti Android pertama hadir dengan sokongan TalkBack baharu. TalkBack atau “bercakap kembali”, adalah fungsi pembaca skrin untuk pengguna kurang upaya. Fungsi baru ini membenarkan peranti bercakap kembali apa yang pengguna sentuh, selain mempunyai sokongan gestur dengan tindak balas getaran.

Antara fungsi yang ekslusif sementara pada peranti Samsung adalah gestur banyak jari, menu yang lebih mesra, kawalan bacaan serta menu dan kawalan gestur yang boleh diubah mengikut citarasa pengguna. Google akan edar sokongan ini secara lebih meluas di masa-masa akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.