Bulan Oktober tahun lepas, Xiaomi telah mengumumkan teknologi pengecasan pantas nirwayar 80W. Kuasa pengecasan ini boleh mengecas penuh bateri 4000mAh dalam masa 19 minit secara nirwayar. Tetapi, Xiaomi tidak nyatakan bila dan peranti apakah yang akan menggunakan teknologi pengecasan ini.

Terkini, peniris terkenal DigitalChatStation menyatakan yang teknologi pengecasan ini kini berada dalam fasa pengesahan. Jika ia berjaya, Xiaomi akan mula memasarkan produk ini sekitar pada pertengahan tahun. Masih tidak pasti peranti apa. Adakah Mi 11 Pro? Atau mungkin juga peranti boleh lipat Xiaomi nanti?

Teknologi pengecasan pantas nirwayar Xiaomi adalah berasaskan piawaian dari Qualcomm dalam satu standard Quick Charge baharu khusus untuk pengecasan nirwayar. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.