Tinggal sembilan belas hari sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S8 dan S8+ dilancarkan. Sebelum ini imej kedua-dua peranti secara sebelah menyebelah tertiris menunjukkan perbezaan saiz. Hari ini perbezaan saiz di antara kedua-dua peranti dengan peranti-peranti utama pula diperlihatkan oleh @OnLeaks, Kita mulakan dengan peranti-peranti Galaxy keluaran Samsung. Galaxy S8+ lebih tinggi berbanding Galaxy Note 7.

Apabila dibandingkan dengan peranti iPhone, LG, Huawei, Pixel dan Nexus pula, perbezaan saiz tidak terlalu besar. Nexus 6P dan iPhone 7 Plus mempunyai saiz yang setanding dengan Galaxy S8+. Galaxy S8 pula mempunyai tinggi yang sama dengan LG G6 dengan skrin 18:9. Adakah saiz kedua-dua peranti utama terkini Samsung ini terlalu besar bagi anda?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.