Berita Menarik

Percubaan Beta Minecraft RTX Hadir Pada Minggu Ini

Pembaca : 20
0 0

4

Semenjak dari pelancaran RTX, Nvidia sentiasa membawakan projek untuk menunjukkan kuasa teknologi kad grafik RTX mereka. Quake adalah antara permainan paling terkini yang mendapat RTX dan yang paling baharu adalah Minecraft. Ya, Minecraft, dengan teknologi pencahayaan ray-traced.

Dan ianya akan hadir minggu ini didalam mod percubaan beta. Pemain Minecraft for Windows 10 boleh memohon untuk ikut serta didalam beta dan alaminya dengan RTX. Apa yang anda perlu buat adalah dengan mendaftar melalui aplikasi Xbox Insider Hub. Semestinya anda perlukan kad grafik sekurang-kurangnya RTX 2060.

Untuk menunjukkan kuasa RTX didalam Minecraft, Nvidia membuat enam jenis dunia yang boleh dimuat turun melalui Minecraft Marketplace. Tiga darinya pernah dipaparkan sebelum ini – dibina oleh pencipta kandungan yang menunjukkan teknik pencahayaan baharu dan efek tekstur. Selain dari itu, RTX Minecraft juga akan menyokong DLSS, sebuah fungsi anti-aliasing melalui teknologi AI.

Berikut adalah senarai penuh:

  • Aquatic Adventure RTX oleh Dr_Bond
  • Colour, Light and Shadow RTX oleh PearlescentMoon
  • Crystal Palace RTX oleh GeminiTay
  • Imagination Island RTX oleh BlockWorks
  • Neon District RTX oleh Elysium Fire
  • Of Temples and Totems RTX oleh Razzleberries

Beta ini akan bermula pada 17hb April, Jumaat, jam 1 pagi. Dan pelancaran penuh dijangka akan hadir pada penghujung tahun nanti.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.