37

Didalam suasana PKP ini, kebosanan mulai melanda diri. Mungkin berita ini sedikit sebanyak membantu anda tempuhi waktu sukar ini.

Ubisoft menawarkan salah satu permainan terbaik didalam siri Assassin’s Creed secara percuma, iaitu Assassin’s Creed II. Tawaran ini boleh dituntut bermula dari hari ini sehingga 17hb April 2020.

Assassin’s Creed II adalah sebuah siri permulaan dari keseluruhan siri “Trilogy of Assassin’s Creed” yang membawakan watak Ezio Auditore da Firenze, seorang watak dengan daya tarikannya yang agak unik.

Anda boleh layari Uplay untuk menuntutnya, dan anda akan memiliki permainan ini secara kekal.

Ubisoft akan sentiasa menawarkan permainan percuma khususnya pada situasi sekarang yang melanda di negara kita dan juga hampir seluruh dunia.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.