Percuma Beb! Death Rally (Classic) Di Steam

Remedy Entertainment menyambut ulangtahun ke-25 pada tahun ini. Bersempena dengan sambutan tersebut, studio pembangun dari Finland menawarkan permainan sulung mereka, Death Really secara percuma.

Mungkin anda terperanjat, studio yang pernah membangunkan pelbagai permainan terkenal seperti Max Payne, Alan Wake, Quantum Break dan Control bermula dengan permainan perlumbaan kereta.

Death Rally adalah sebuat permainan perlumbaan klasik yang memberi kebolehan untuk mengubahsuai kereta masing-masing dengan senjata dan perisai untuk menempur semasa perlumbaan.

Tawaran percuma ini adalah untuk Death Rally versi asal, bukanlah remake yang pernah dilancarkan pada tahun 2012 dan ianya kekal percuma didalam Steam.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

Write a Comment

view all comments

*